Generasi Al-Quran Yang Unik
Agama Thursday, June 17th, 2010 707 views
Dakwah Islamiyah telah pun melahirkan satu generasi manusia, generasi
sahabat Rasulullah SAW, Ridhwanullahi alaihim, iaitu suatu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan di dalam sejarah kemanusiaan seluruhnya.
Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah ini.
Ini adalah satu fakta dan kenyataan yang terang dan memanglah telah
berlaku, mempunyai maksud-maksud tertentu yang perlu kita perhatikan dan
sayugia kita merenungnya bersungguh-sungguh, agar dapat kita menyelami
rahsianya.
Al-Quran yang menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama
kita. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan sirahnya yang mulia itu juga masih ada di samping kita, seperti juga kedua-duanya telah ada bersama-sama dengan generasi yang terdahulu itu, tidak jejas oleh perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman; hanya diri peribadi Rasulullah SAW sahaja yang telah tiada lagi bersama-sama kita sekarang. Adakah ini rahsianya?
Tetapi Allah SWT telah membuat jaminan untuk memelihara Al-Quran, dan
telah mengetahui bahawa dakwah ini boleh tegak selepas zaman Rasulullah SAW pun, juga boleh membuahkan hasil yang baik; lalu diwafatkan-Nya Rasulullah SAW setelah 23 tahun beliau menjalankan tugas berdakwah dan menyampaikan perutusan Ilahi dan Allah SWT akan tetap memelihara agamaNya ini hingga ke hari kiamat. Dengan demikian maka ketiadaan diri peribadi Rasulullah SAW itu tidak boleh dijadikan jawapan di atas kegagalan dakwah di zaman ini. Yang demikian kita perlu selidiki sebab lain yang menjadi punca kegagalan itu. Mari kita lihat kepada sumber pengambilan generasi pertama itu. Mungkin sesuatunya telah berubah. Kemudian kita lihat pula kepada program dan jalan yang telah dilalui mereka, barangkali ada sesuatu yang berlainan dan berbeza.
Sumber pokok yang dicedok oleh generasi pertama itu ialah Al-Quran,
hanya Al-Quran sahaja. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk beliau
adalah semata-mata merupakan pentafsiran kepada sumber utama itu. Ketika
Assaiyidah `Aisyah Radhiallahu’anha ditanya mengenai kelakuan, perangai dan perjalanan hidup Rasulullah SAW maka beliau menjawab: yang bermaksud:
“kelakuan dan perjalanan hidup beliau [Rasulullah SAW] itu ialah Al-Quran”
(Hadis riwayat Nasai)
Hanya Al-Quran sahajalah yang menjadi sumber panduan mereka,
perjalanan hidup dan gerak-geri mereka. Ini bukanlah kerana umat manusia di zaman itu tidak punya tamaddun, tidak punya kebudayaan, tidak punya pelajaran, tidak punya buku karangan dan tidak punya kajian! Sekali lagi tidak! Kerana sebenarnya di zaman itu telah pun ada tamaddun dan kebudayaan Romawi, buku buku dan undang-undangnya, yang telah dan masih diikut dan dijadikan panduan oleh orang-orang Eropah sampai hari ini. Di sana juga telah wujud peninggalan tamaddun Yunani (Greek), ilmu mantiknya, falsafah dan keseniannya, yang juga
masih menjadi sumber pemikiran Barat hingga sekarang; malah di sana juga telah
wujud tamaddun dan peradaban Parsi, keseniannya, sajaknya, syair dan
dongengnya, kepercayaan dan sistem perundangannya, serta tamaddun lain,
seperti tamaddun India, China dan lain-lain kebetulan pula kedua-dua tamaddun.
Romawi dan Parsi berada di sekeliling semenanjung Arab, baik di utara
mahu pun di selatan, ditambah lagi oleh agama Yahudi dan Nasrani yang telah
wujud di tengah-tengah semenanjung itu sejak berapa lama dahulu.
Jadi bukanlah faktor kekurangan tamaddun dan kebudayaan duniawi yang
menyebabkan generasi pertama itu mencedok dari Kitab Allah (Al-Quran) sahaja
dalam peringkat pertumbuhan mereka, tapi ialah justeru kerana “planning” yang
telah ditentukan dan program yang telah diatur. Dalil yang terang atas keadaan ini
ialah kemurkaan Rasulullah SAW ketika beliau melihat Sayyidina Umar bin Al-
Khattab R.A. ada memegang sehelai kitab Taurat. Melihat keadaan ini beliau pun
bersabda: “Demi Allah sekiranya Nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu
sekarang pun, tidak halal baginya melainkan mesti mengikut ajaranku.”
(Hadis riwayat Al-hafidz Abu Ya’la dari Hammad dari Asy-sya’bi dari Jabir)
Yang demikian maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa Rasulullah
SAW, bermaksud dan mengarahkan supaya sumber panduan dan pengajaran
generasi pertama itu, dalam peringkat pertumbuhan mereka lagi, hanya terbatas
kepada kitab Allah (Al-Quran) sahaja supaya jiwanya melurus ke arah
programNya yang tunggal itu; oleh kerana itu beliau murka melihatkan Saydina
Umar bin AI-Khattab R.A. cuba mencari panduan daripada sumber yang lain dari
Al-Quran itu.
Rasulullah SAW bertujuan membentuk satu generasi yang bersih hatinya,
bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya, dan mumi
jalan hidupnya dari sebarang unsur yang lain daripada landasan Ilahi yang
terkandung dalam Al-Quranul Karim.
Generasi sahabat-sahabat itu menerima panduannya daripada sumber yang
tunggal itu sahaja. Oleh kerana itulah generasi itu telah berhasil membentuk
sejarah gemilang di zamannya.
Tetapi apakah yang telah terjadi kemudiannya?
Sumber-sumber panduan itu rupanya telah bercampur baur!
Sumber itu telah dimasuki oleh falsafah Yunani (Greek), cara berfikir dan
lojikanya, dongeng-dongeng Parsi dan pandangan hidupnya, cerita-cerita Israeliat
Yahudi, falsafah Ketuhanan ala-Kristian yang telah bercampur baur di dalam tafsir
Al-Quran dan ilmu Al-Kalam, dan juga telah dimasuki oleh saki baki peninggalan
tamaddun zaman lampau yang sukar dikikis.
Di samping itu banyak lagi sumber panduan lain yang telah bercampur
baur dengan tafsir Al-Quran, ilmu Al-Kalam, ilmu fiqah dan malah ilmu usuluddin
juga. Campuran panduan inilah yang telah melahirkan generasi-generasi
berikutnya. Oleh kerana itulah maka bentuk generasi pertama iaitu generasi para
sahabat Rasulullah SAW, tidak lahir lagi kemudiannya.
Memang tak dapat diragukan lagi bahawa bercampur-baurnya sumber
panduan itulah yang menjadi faktor utama mengapa generasi berikutnya berlainan
sama sekali dari bentuk generasi pertama yang unggul itu.
Di sana ada satu lagi faktor asasi selain daripada perubahan sumber itu, iaitu
berbezanya cara menerima pengajaran antara generasi para sahabat Rasulullah SAW
dengan generasi-generasi kemudiannya.
Mereka, iaitu para sahabat Rasulullah di dalam generasi pertama itu tidak
mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan
bahan bacaan, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara. Tiada
seorang pun dari mereka yang belajar Al-Quran dengan tujuan menambah bekal
dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga dengan maksud
menambah bahan ilmu dan akademi untuk mengisi dada mereka sahaja. Bahkan dia
pelajari Al-Quran itu dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan
perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup bermasyarakat, juga
urusan hidup mereka sendiri dari hidup masyarakat mereka. Dia belajar untuk
dilaksanakan serta merta, seperti seorang perajurit menerima, “arahan harian” atau
“surat pekeliling” bagi dilaksanakan serta merta! Juga tiada seorang pun darimereka yang mencari pelajaran tambahan atau pun arahan tambahan dalam satu
majlis pengajian atau suatu majlis taklimat sahaja, kerana dia tahu bahawa yang
demikian itu akan menambah beratkan tugasnya, malah kadang-kadang dia cukup
dengan hanya sepuluh ayat sahaja sehingga dia benar-benar menghafalnya dan dia
laksanakan arahan-arahannya seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a.
Perasaan inilah perasaan belajar untuk melaksanakan, yang telah menambah
luasnya lapangan hidup mereka, menambah luasnya ma’rifat dan pengalaman
mereka dari ajaran Al-Quran itu yang tidak mungkin mereka capai kalau sekadar
belajar dari Al-Quran dengan tujuan menyelidik dan mengkaji serta membaca
sahaja. Perasaan belajar untuk melaksanakan ini jugalah yang telah memudahkan
mereka bekerja dan meringankan beban mereka yang berat, kerana Al-Quran telah
sebati dan menjadi daging, darah mereka. Perasaan ini jugalah yang menanam Al-
Quran ke dalam jiwa mereka hingga ia meresap menjadi panduan dalam gerakan
mereka, ia melahirkan pelajaran yang menggerakkan aktiviti, pelajaran yang tidak
lagi merupakan teori yang bersarang di dalam kepala manusia dan di halaman
kertas dan akhbar-akhbar sahaja, bahkan ianya menjadi kenyataan yang melahirkan
kesan dan peristiwa yang mengubah garisan hidup.
Al-Quran tidak-akan memberi dan mencurahkan isi perbendaharaannya
kecuali kepada orang yang datang bertumpu kepadanya dengan roh dan jiwa ini:
iaitu roh dan jiwa ma’rifat yang membuahkan amal dan tindakan. Al-Quran datang
bukan sebagai sebuah buku penglipur lara, bukan sebagai sebuah buku sastera, juga
bukan sebagai sebuah buku kesenian, sejarah dan novel, malah ia datang untuk
dijadikan panduan hidup, panduan Ilahi yang tulen; dan Allah SWf sendiri telah
merasmikan Al-Quran ini sebagai garis pemisah di antara hak dan batil.
Firman Allah:
?????????? ??????????? ???????????? ????? ???????? ????? ?????? ?????????????? ?????? ? ??
Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra’: 106)
AI-Quran ini tidak diturunkan sekaligus, malah ia diturunkan mengikut
keperluan-keperluan yang sentiasa berubah, mengikut perkembangan fikiran dan
pandangan hidup serta perubahan masyarakat. Ia diturunkan mengikut
perkembangan masalah praktikal dan fakta kehidupan masyarakat Islam. Ayat demi
ayat diturunkan untuk suasana tertentu dan peristiwa khusus dan untuk
membongkar isi hati manusia; untuk menggambarkan urusan yang mereka hadapi,
dan menggariskan program kerja mereka dalam sesuatu suasana, juga untuk
memperbetul kesilapan perasaan dan perjalanan hidup, supaya mereka sentiasa
merasa terikat dengan Allah dalam setiap suasana. Ia diturunkan secara beransuransur bagi mengajar mereka mengenal Allah SWT melalui sifat-sifatNya dan juga
melalui bukti-bukti perkembangan dan perubahan alam. Dengan demikian mereka
akan merasakan bahawa diri mereka terus menerus terikat dengan tertakluk kepada
Allah SWT, terus menerus di bawah perhatian Ilahi. Pada ketika itu mereka
merasakan bahawa mereka sedang hidup di bawah pengawasan Allah SWT secara
langsung.
Dasar “belajar untuk melaksanakan terus” itu merupakan faktor utama
membentuk generasi pertama dahulu, manakala dasar “belajar untuk, dibuat kajian
dan penglipurlara” itulah yang merupakan faktor penting yang melahirkan
generasi-generasi kemudiannya. Dan tidak syak lagi bahawa faktor kedua inilah
menapakan sebab utama mengapa generasi-generasi yang lain itu berlainan sama
sekali dengan generasi pertama, generasi para sahabat Rasulullah SAW.
Di sana ada satu lagi faktor yang mesti diperhati dan dicatat benar-benar.
Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya
segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia
mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya;
terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah; dan
sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah
sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada. Dia merasakan bahawa
segala sesuatu di zaman jahiliyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan
ajaran Islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk Islam
yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya sesuatu waktu, atau sekali
sekala dia merasa tertarik dengan kebiasaannya yang dahulu, atau kalau dia merasa
lemah dari menjalankan tugas dan kewajipan kelslamannya sesuatu ketika, nescaya
dia merasa bersalah dan berdosa, dan dia merasakan dari lubuk hatinya bahawa dia
perlu membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku itu; lalu dia berusaha
sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh Al-Quran.
Di sana juga terdapat pemisahan perasaan sepenuhnya di antara zaman
lampau seseorang Muslim dalam keadaan jahiliyahnya dahulu dan zaman barunya
di dalam Islam, yang akan menimbulkan pula pemisahan secara menyuluruh dalam
segenap hubungannya dengan masyarakat jahiliyah. Dia berputus arang berkerat
rotan dengan tata hidup masyarakat jahiliyah dahulu dan berhubungan langsung
selama-lamanya dengan masyarakat Islam; walaupun kelihatan pada lahirnya dia
sering berhubungan dengan orang-orang musyrik di dalam lapangan perdagangan
dan pergaulan hidup seharian, tetapi perpisahan perasaan dan pergaulan hidup
seharian adalah dua hal yang berlainan dan berbeza sekali.
Di sana ada semacam pemisahan lagi, iaitu perpisahan suasana jahiliyah
dalam kebiasaan dan pandangannya, adat resam dan hal-hal yang berkaitan
dengannya, yang timbul dari pemisahan syirik ke akidah tauhid, dari konsep
jahiliyah ke konsep Islam mengenai masalah hakikat hidup dan hakikat wujud; juga
timbul dari percantumannya dengan perkumpulan dan organisasi Islam yang baru,
di bawah pimpinan baru, dan sikap memberi segenap perhatian, kepatuhan dankesetiaan kepada masyarakat, perkumpulan dan organisasi baru di bawah pimpinan
baru itu.
Inilah dia persimpangan jalan dan permulaan langkah di jalan baru, langkah
yang bebas merdeka dari segala tekanan adat resam yang dipatuhi sepenuhnya oleh
masyarakat jahiliyah dan segala nilai yang menjadi kebiasaannya. Di sana tiada
risiko yang akan ditempuh selain dari ujian dan penderitaan, namun demikian dia
secara otomatis telah bertekad tegas dan bulat untuk tidak akan kembali lagi kepada
sebarang bentuk jahiliyah, kepada tekanan dan kebiasaan jahiliyah buat selamalamanya.
Kita sekarang sedang berada di tengah-tengah suasana jahiliyah yang serupa
dengan suasana jahiliyah yang ada.pada zaman kedatangan Islam dahulu, malah
lebih gelap lagi. Segala sesuatu di sekitar kita ialah jahiliyah konsep hidup manusia
sekarang, akidah kepercayaan mereka, adat istiadat dan kebiasan mereka, sumber
pelajaran seni dan sastera mereka, peraturan dan undang-undang mereka,
hinggakan banyak perkara yang kita anggap sebagai pelajaran Islam, buku rujukan
Islam, falsafah Islam dan pemikiran Islam sebenarnya adalah hasil ciptaan jahiliyah!
Oleh kerana itulah maka nilai Islam tidak tulus dan tidak hidup subur lagi di
dalam jiwa kita, teori Islam itu tidak begitu terang lagi di dalam pemikiran Idta, dan
di kalangan kita sekarang tidak muncul lagi suatu generasi manusia raksaksa dari
model yang dilahirkan oleh Islam di zaman pertama dahulu.
Oleh itu, di dalam program gerakan ke-Islaman, kita mesti membebaskan diri
di peringkat permulaan, di peringkat taman kanak-kanak lagi, dari sebarang
pengaruh jahiliyah yang selalu menghayati kita sekarang. Kita mesti rujuk semula
ke pangkal jalan, kepada sumber yang murni yang telah dicedok dan ditimba oleh
orang-orang sebelum kita; iaitu sumber yang terjamin tidak bercampur baur dengan
sumber yang lain. Kita mesti kembali semula kepadanya untuk mendapatkan teori
mengenai hakikat wujud seluruhnya dan juga hakikat wujudnya umat manusia ini
dan segala pertalian di antara kedua jenis wujud ini dengan wujud yang hakiki, iaitu
wujud Allah SWT. Dari situlah kita mengambil pandangan terhadap hidup, kita
mengambil nilai diri dan akhlak kita, serta kita mengambil panduan dan program
pemerintahan, politik, ekonomi dan segala aspek kehidupan kita.
Bila kita rujuk semula, maka kita mestilah rujuk berdasarkan kaedah dan
dasar “belajar untuk melaksanakan”, bukan dengan kaedah dan dasar belajar untuk
mengetahui dan menglipur lara; kita rujuk kepadanya untuk mengetahui apa yang
sebenar diminta kita lakukan, maka kita lakukan; dan di dalam perjalanan itu kita
akan bersua dengan keindahan seni Al-Quran, dengan cerita dan kisah yang
menyeronokkan dan juga dengan pandangan-. pandangan kiamat di dalam Al-
Quran juga dengan logik kesedaran hati nurani di dalam Al-Quran dan juga dengan
semua yang dicari-cari oleh pakar-pakar penyelidik… ya, kita akan jumpai
semuanya itu, bukan dengan maksud hendak belajar dan menglipur lara tapi
dengan tujuan utama hendak mengetahui apakah pekerjaan yang Al-Quran
kehendaki kita kerjakan? Apakah konsep umum yang Al-Quran kehendaki kitaberkonsep? Bagaimanakah tuntutan Al-Quran mengenai pandangan dan perasaan
kita terhadap Allah SWT? Dan bagaimanakah tuntutan Al-Quran mengenai akhlak
kita, realiti hidup kita, dan bagaimanakah corak sistem kita di dalam hidup ini?
Kemudian kita mesti membebaskan diri dari tekanan masyarakat jahiliyati,
dari tekanan konsep jahiliyah, dari adat resam jahiliyah dan juga dari pimpinan ala
jahiliyah di dalam hidup diri kita sendiri. Bukanlah tugas kita untuk berkompromi
dengan realiti masyarakat jahiliyah sekarang dan bukan untuk tunduk dan
menumpahkan kesetiaan kepadanya sebab keadaan realiti jahiliyah itu tidak
memungkinkan kita berkompromi dengannya sama sekali.
Tugas utama kita ialah mengubah realiti masyarakat ini. Tugas utama kita
ialah mencabut realiti jahiliyah itu dari akar umbinya, realiti yang bertentangan dan
berlanggar secara prinsipal dengan aspirasi Islam dan dengan konsep Islam, realiti
yang menghalang kita dengan menggunakan kekerasan dan tekanan dari kita hidup
seperti yang dikehendaki oleh program Ilahi.
Langkah pertama di dalam perjalanan kita ialah menghapuskan masyarakat
jahiliyah ini, nilai-nilai dan teori-teorinya. Kita tidak boleh mengubah-suai sedikit
jua pun untuk kemudiannya bertemu semula di pertengahan jalan. Sekali lagi tidak!
Kerana jalan kita adalah berlainan dan bersimpangan dengan jalan jahiliyah.
Seandainya kita cuba berjalan seiring dengannya biar pun selangkah jua nescaya
kita kehilangan pedoman dan kita akan meraba dalam kesesatan.
Di dalam hal ini kita akan menempuh berbagai bentuk kesusahan dan
penderitaan, kita akan menyumbangkan pengorbanan yang besar dan dahsyat,
tetapi tiada alternatif lain kalau kita benar-benar hendak mengikuti langkah generasi
pertama yang diiktiraf oleh Allah, yang telah menghancur dan memusnahkan jalan
jahiliyah itu.
Adalah baik sekali bagi kita tetap menyadari bentuk program dan landasan
kita, menyadari tabiat sikap kita dan juga tabiat jalan yang mesti kita lalui untuk
keluar dari suasana jahiliyah yang telah dilalui oleh generasi yang agung dan unik itu.


I was so frustrated beacuse I couldn`t resolve this challenge. Then I identified your website in google and issue is solved. Many thanks!
[Reply]